Tuesday, 9 August 2016

RM0 DALAM TANGAN

ASSLAMULAIKUM,
Lama rasanya tak menulis. Nak start menulis ni , tapi tak panjang tak ,it just happen just now. Dengan tajuk RM0 dalam tangan . Erk .

  Begini biasa aku guna 3 jenis bag , bag sekolah , bag laptop dan beg paling aku tak suka handbag perempuan . Handbag bagi ak memang menarik bila dilihat , tapi dipakai , aku rasa tak sesuai dan feminin tu macam terlampau sangat . Haha. So , today aku guna bag laptop sebab bawa laptop . Ikutkan kalau berjalan kaki or berkereta atau berbas or berteksi .Eh melampau plak .Teksi bagai . Okay , kalau tak melibatkan tangan jadi aku lebih suka dengan beg sekolah je. Itu lah satu-satunya benda paling sejuk dan tak rimas dan tak nampak skema la. Sebab aku ni bukan jenis fotogenik semua benda . Haha. So , harini terpaksa la pakai beg laptop , kalau nak laptop tu panjang umur la. Katanya apek kedai komputer , laptop ke phone ke , gegar sikit je , kira ancaman dah tu bagi sesuatu gajet. Aku pula kalau malas sangat gegar pon gegar lah. Ops ,merayap pula dah cerita.

 Kes apanya harini . Kesnya aku bawa beg laptop la. Oleh itu , beg duit or segala benda penting dari beg sekolah kena la transfer ke beg laptop . Disebabkan beg sekolah aku buat macam rumah , ada sesetengah benda kecil aku sumbat je, contoh macam kad atm , sumbat je lepas cucuk duit. So, dengan cuainya hari ini . Aku pikir duit RM10 ada dalam beg duit. Rancang harini nak pergi Dunkin Donut ,nak guna wi-fi . Tapi sarapan kat warung sebelah dia. Aku siap order air dah , sekali check , adoi sehapak pon tak ada. Chance lain , cucuk duit , satu-satunya kad atm yang ada duit yang sepatutnya aku tak rompak , terpaksa rompak juga hari ni .

   Tapi , kad atm tu tak ada. Kad atm lain konfem tak ada duit .Konfem . Aku mana kerja. Nak minta duit ngan mak ayah pula kesian diorang nak guna duit buat rumah , walaupun tanah yang sesuai masih belum dijumpai . Aku pula anak sulung , macam-macam aku fikir masa on the way balik rumah nak ambil atm card atau korek tabung sendiri .Sampai la aku tiba-tiba meleleh air mata .Sejak dua menjak makin cengeng . Jauh aku fikir gara-gara tertinggal atm dan kesedaran bahawa aku tiada sesen pon duit nak bayar duit kat warung tu . Aku pergi macam tu je ,malu nak cakap kat kakak warung tu . Yela ,tak dibuat orang . Aku pula sorang je . Nak pinjam siapa masa tu? 20 minit kot aku rasa ulang alik ke rumah tadi .

  Sampai warung , aku order semula , akak tu perasan aku ghaib tadi . Em ,muka tembok jela. Dia tanya pergi mana, aku jawab je . Nak cerita panjang-panjang macam minta simpati pula walhal dia sendiri mampu dengar je, bukan tolong. Jadi ,baik jawab sepatah dua yang berkenaan .

 Memang lastly orang dalam warung banyak yang duk tengok-tengok muka aku . Buat tak tahu jela . Aku pon tak tahu kenapa aku masih pergi warung tu walaupun aku tahu nanti aku yang tanggung malu .Tapi aku takut juga buat tak bertanggungjawab macam tu . At least aku membeli juga la. Ada juga pendapatan mereka. Walaupun aku hanya sebahagian kecil .
 
  Lastly aku tetap lega. Dah kenyang . Guna wi-fi di DD dengan tenang , cari apa-apa bantuan kewangan yang boleh bantu aku nanti sambung belajar di Gombak .

Allahumma yassir wala tu assir.

Thursday, 19 May 2016

BILA SUAMI JAGA ANAK

Assalamualaikum ,
haha, amboi Hanim , belum apa-apa dah share pasal benda ni, okay. Before that, i like the fact of this knowledge. Jumpa di Facebook , but i dont like to semak my wall, konon nanti boleh tengok semula, hakikatnya lost , ntah mana post tu sebab kita post new new new post. So i decide , kalau nak share, if benda tu bermanfaat ,i letak kat blog , kalau panjang umur dan ada pasangan hidup , boleh share info sama-sama.
Physcology ni good tau. Tak ada la , we start to teach really-really from zero. Mungkin berkesan dan mungkin tidak. Manusia biasa, takkan 100% sempurna teorinya. InshaAllah , apa yang menjadi pon Alhamdulillah la.
Okay ,shall we start ?







Done. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat ya . Wallahualam. 

ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG




ASSALAMUALAIKUM,
Saya nak tanya , apa perancangan kalian setiap tahun, setiap bulan ,setiap hari ,mala untuk esok pon ada perancangan bukan?
Kita mesti takkan lari dari membuat perancangan , tapi selalu rancangan tak jadi , bukan selalu dear , kadang-kadang . Allahkan Maha Mendengar , kadang-kadang Dia memberi pada kita agak lewat tapi itu lah masa yang tepat ,seba itu kita lupa . Betul tak?
Macam saya ,saya sebenarnya tidak tahu mahu jadi apa , nak ambil apa nanti bila habis sekolah . Tapi bila saya nampak kawan-kawan mula bercita-cita , maka saya mula buat pertimbangan dan fikir , aku nak jadi apa , berdasarkan subjek-subjek yang saya boleh kuasai. Ada juga segelintir orang yang memilih cita-cita berdasarkan minatnya yang mendalam walaupun tidak menguasai subjek tersebut. Saya tidak kata tidak boleh , tapi saya mahu dia betul-betul berusaha jika rezeki berpihak pada dia . Maksud saya , buktikan pada dunia , bahawa anda mampu walaupun anda tidak pandai subjek tersebut. Sebab anda tahu ,Allah Maha Memberi Rezeki. 
Tak dinafikan , bila masuk universiti ada pelbagai cabang . Namun , bagi dunia saya , saya mengambil jurusan Kejuruteraan . Maka , saya nampak ada 2 cabang di sini iaitu "pure" dan "teknikal" . Kedua-duanya kadang-kadang saya lihat tiada beza nya. Namun , harus juga saya sedar bahawa pure banyak menguji daya hafalan anda untuk dikeluarkan dan diluahkan ke atas kertas exam . Manakala teknikal pula banyak menguji kemahiran anda dalam penggunaan peralatan , maksud saya belajar dan sentuh dan buat dan hasilkan . Teknikal masih ada ujian daya hafalan ,tapi sedikit .Begitu juga dengan pure , ada sesi teknikal iaitu sesi bengkel . Tapi tak banyak . Budak teknikal tak banyak masuk final exam , manakala pure lebih banyak masuk dewan exam . 
Kedua-duanya banyak kelebihan dan juga kekurangan  . Seperti saya , saya perempuan . Jadi sudah tentu mahu cari yang terbaik . Saya lebih suka untuk menjadi seorang engineer berbanding seorang pensyarah . Sewaktu diploma , saya mengambil kos teknikal . Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana akhrinya saya dapat berkenalan dengan bidang yang menjadi tanda tanya di kepala saya sewaktu di bangku sekolah. Bidang teknikal tak dinafikan senang nak score , walaupun belajar tak serius sangat , hanya perlu serius di beberapa perkara kerana harus ingat bahawa setiap kerja yang di submit ada markahnya. Lagi-lagi yang tidak ada ujian final. 
Habis diploma , nak masuk degree pula , di sini saya agak berbelah bahagi , mahu terus dalam bidang teknikal atau cuba nasib di bidang pure. Pelbagai cara saya lakukan ,ada juga bincang dengan ibu dan ayah , tapi mereka sepertinya makin runsing dengan saya. Ah, bukan itu tujuanku ,saya bukan mahu makin menyulitkan keadaan. Sepatutnya saya tidak perlu bagitahu sesuatu apabila saya tidak bersedia , kerana apa, kerana ibu dan ayah adalah seorang guru, mana mungkin dia dapat memahami bidang aku dan menunjukkan 100% jalan penyelesaian. Ibu ,beliau dah mula cakap-cakap suruh saya jadi pensyarah dan ambil saja bidang pendidikan vokasional . Ugh , serabut kembali . Tapi saya diamkan saja. Saya cuba beritahu , kalau terpaksa baru lah saya mahu jadi lecturer. Sebenarnya saya teringin sekali untuk bergelar JURUTERA wanita , walaupun saya tahu dunia jurutera bukan manis . Menjadi pensyarah , berhadapan dengan student, saya mahu melihat apa yang ada diluar , Sekurang-kurangnya jika aku sudah meletakkan jawatan nanti dan waktu membutukan aku menjadi pensyarah, aku dapat memberi inspirasi kepada anak didik aku bahawa diluar sana itu hakikatnya bagaimana , apa yang harus mereka sebagai generasi baru perlu tingkatkan, bukan sekadar menjadi pensyarah , namun bercakap hanya dengan teori dan khabar ngin yang perlu student percaya , ironinya generasi baru terlewat untuk membuka mata . Apa guna ada otak yang bijak , idea yang mencurah-curah namun , masih di tokok lama, masih dibiar diri dikuasai oleh orang luar. Ada degree ,ada Master ,ada PHD , tapi bekerja untuk orang lain . Kalau boleh , biarlah lahir generasi menyumbang , bukan menganggur. 
Ini cuma harapan saya , kadang-kadang mampu ditulis, tapi tak mampu diucap kerana mahu kejayaan dikecapi seiiring, bukan cakap tak serupa bikin. Apa-apa pun , saya hanya tawakal sahaja. Wallahualam.
Sekian. 

Monday, 25 April 2016

SONY XPERIA C AKU HILANG.

Assalamualaikum,

Kisah fon aku hilang, aku rasa dah nak dekat seminggu kot dia 'pergi' , hari dia pergi tu memang aku mengharap. Mengharap macamana aku mengharap manusia yang aku sayang kembali pada aku. Apa hikmahnya insan dan fon aku pergi? Erti redha. Lama aku guna, tak pernah rasa fon tu akan menyusahkan aku nanti, sebab apa yang aku pilih aku dah selidik sebelum beli, tak dinafikan ,bukan setakat manusia ada kekurangan, tapi juga barang, lagi-lagi buatan manusia ni, mana boleh jangkau kesempurnaan ciptaan Tuhan. Takkan sempurna. Aku boleh list apa kurangnya Xperia C ni. Lepas guna baru aku tahu kurangnya dia, macam tu juga aku tahu kurangnya insan aku sayang selepas aku terima dia. Tapi dari sudut lain, aku tetap nak bertahan dengan dia, tak kira apa berlaku, pernah jatuh secara tak sengaja, dan banyak kali jatuh, jatuh macam lembut bunyinya, aku tukar lah, terhempaaasss. Still okay, seriusly aku rasa dari sudut lain, dia lah 3310 aku. Andai takdir izinkan aku tukar fon, aku takkan jual dia pada orang lain ,biar duduk dekat dengan aku, biar aku simpan, Paling elok pon , parents aku guna. Tapi takdir, takdir sistem nya rosak , baiki, habis rm** . Tak pe, asal kau baik balik, asal aku guna kau lagi. Seriusly, di balik apa kurangnya kau, sayangnya jugak aku ni dekat kelebihan kau. Sampaikan waktu kau hilang kalau boleh diganti, aku nak yang namanya Xperia C, expectation aku harga dah murah, cina kedai telifon siap cakap, "aiyooo sekarang orang cari fon baru-baru la". Seriously, aku bukan jenis nampak cantik di balik cermin, terus ambil. Tak aku kena selidik dulu. Ada skop-skop dia. Jadi, bila dah memiliki aku puas hati. Walaupun dengan apa kurangnya dia, yang best, jarang buat hal. seriously, dia memang aku sayang... 

Aku banyak cuba fikir hikmahnya, memang banyak, antaranya hilang note aku meluah perasaan sebab kena tinggal. Hilang alamat si dia, no fon dia. Tapi aku ingat dalam kepala , tambahan pulak stalker punya bakat ada sikit pada aku. usaha sampai dapat. Lepas usaha ,tak dapat juga ,baru tawakal . Em, selain dari tu. Aku rasa ada lagi, erti melepaskan. Erti Redha. Erti hikmah. Erti bersyukur. Pelbagai erti lagi. Tak dinafikan apa yang berlaku pada aku tahun ni memang sangat-sangat menjadi tekanan. Ujian demi ujian dalam jangka waktu yang sangat dekat-dekat. Aku ciba hadapi dengan tenang. Aku cuba stabilkan diri aku. Memang aku cuba, aku tak nak involve orang lain dalam masalah aku, tapi alhamdulillah, ada je kawan-kawan yang cuba reach aku untuk tenangkan aku. Mungkin tak menyelesaikan masalah aku pon, tapi sebab rindu, sebab aku dah terlalu lama sangat keseorangan di negeri ni. Maka dapat dengar si Zana membebel-bebel nasihat dalam talifon, masuk kiri keluar kanan, lama-lama aku ketawa juga. Masalah tu boleh tiba-tiba jadi bahan jenaka. Aku tak pasti la kepelikan apa. But sumtime, friend is need. Loner tu tak bermaksud, tak ada kawan langsung. Kan.

So ,the conclusion is friend in need is friend indeed. TQ
WALLAHUALAM

Monday, 11 April 2016

lama Tak jenguk nenek

Assalamualaikum,

Harini aku ambil shift pagi kerja di kiosk dan sekarang aku menu,is di waktu kerja aku, sebab masa ni je ada wifi. Kat rumah , hambar. Jangan harap. huhu. Maka izinkan aku menulis ya.

Lama tak jenguk nenek, aku tahu nenek suka juga kalau anak cucu telifon, tapi aku tahu keadaan kg tu line agak putus-putus kalau aku call, jadi kalau aku nak pergi rumah nenek ,aku tanya pada ibu je, 'nenek ada kat tegayong tak bu?'

Dah dekat sebulan juga, macam lama la tak jumpa nenek, busy kerja, lepas tu amek lesen lagi sampai stress aku , stress-stress ak cerita kat nenek. Nenek memang confirm layan aku ,sebab aku berdua je sengan dia, maka siapa lagi nak ajak borak kalau bukan aku . Aku kalau ramai-ramai sangat orang jadi makin senyap. Aku suka perhati fitrah perbuatan manusia.Okay itu bukan benda aku nak cerita. 

Aku tidur satu malam je, semalam. Itu pon banyak nak cerita, pulak tu aku memang kaki bertanya, nenek aku pulak memang kaki jawab. Dia orang lama, aku orang baru. Soalan pelik pon aku boleh tanya. Kadang-kadang borak dengan nenek aku macam lebih matang berbeza bila cakap dengan ibu. Maybe aura nenek yang lebih terbuka mendengar dan menyokong , sometime je dia akan nasihat, jangan la kokse-kokse. Maksudnya jangan buat apa sahaja la benda yang Allah tak redha, like sosial lelaki perempuan pergi merata-rata  contoh gendong berdua tu la paling senang, about amanah ke, everything yang simple-simple la. Eh seronokkkkk sangat lepak ngan nenek. Kadang-kadang tu ada juga yang dia ulang tayang bebel. Tapi lantak la kan, ada banyak lagi benda lain yang bermanfaat aku akan dapat. 

Cerita dulu-dulu. Siapa moyang , atuk aku tu jenis macam mana. Seronok la weh. Seronok tahu latar belakang family, nenek anak ramai, semua kerja lain-lain jenis. Aku ni boleh tahan busy body, tapi aku just amek tahu pasal family jela, kalau nenek aku sebut nama orang lain pon agak bebal aku nak ingat balik. Nenek story teller yang bagus la sebab nenek ni orangnya jenis suka belajar, bila dia mendengar , dia akan cakap balik, dia suka mengajar balik , dah nama pon bekas cikgu, tapi tu la sampai tua pon mengajar lagi, mengajar anak cucu. Aku memang jenis suka tanya pasal family, better than aku nak buang tabiat makin suka mengumpat ke maybe la. Nasib kawan tak ramai sangat, jadi mak ayah aku memang tak risau aku bab berkawan. Aku ramai kawan , tapi kawan yang kenal-kenal macam tu jela. Bukan tak kawan langsung. Cuma kat kelantan memang boleh cakap tak sama macam kat johor, ada je member boleh keluar jalan-2. Kat kelantan ni cuma ak ada member lepak ,nenek ,cikngah, cikna, mek seblah ayah. Hahaha. semua orang dewasa. Nak made friend yang muda-muda bukan senang la sekarang. So , I just follow the flow mana Allah bagi. Andai takdir kata kita rapat sekejab ,kemudian hilang aku tak kesah. Itu ketentuanNya.

Aku malu nak luah masalah, jadi aku akan start luahan aku dengan soalan, jadi ini lah soalan aku ,

aku : NEK , ANIM RASA NANTI MASA DEPAN MESTI RAMAI TAK SEMPAT ADA CUCU, SEMUA KAWIN LAMBAT .
nenek : Ho la, sepatutnya masa muda-muda ni la digalak kawin, tapi nanti takut ganggu pelajaran, baloh pasal kewangan pula, konflik itu ,konflik ini, takut usia muda tak pandai handle. 
.
aku : NEK, KALAU ADA ASET LADANG GETAH, ZAMAN AKAN DATANG ADA KE ORANG NAK TOREHKAN,?
Nenek : Tak dok doh kali, mungkin sep dio buat gapo tu agensi la kali..
aku : BANGLA TOREHKAN. 
.
em,tu jekot yang penting aku nak share, kalau aku ingat lagi , aku share okay. bye

Friday, 1 April 2016

MUKA ADA NUR

Assalamualaikum,

Secara peribadi, kali ni aku nak menulis berdasarkan pemerhatian aku dari dulu sampai sekarang dan pemerhatian ni masih terus berjalan.

Berkenaan tajuk, muka ada nur. Sudah tentu melibatkan muka cantik. Banyak yang aku tengok produk-produk sekarang ni banyak juga dah organik, bagus ada kesedaran tentang bahayanya kimia. Dah bagus kat situ, rasa nak beli. Tengok harga. MasyaAllah. Mampu untuk sekali beli. Tapi kalau nak betul-betul cantik yang sebenar kena berterusan. Itu yang tak mampu. Maka inilah sokongan bagi kesimpulan nak cantik kena ada duit. Ada duit, boleh cantik.

Ada lagi satu cara, semula jadi, lambat, tapi berbaloi. Ibu aku cakap, ambil air sembahyang 5 waktu tu pon katanya boleh serikan muka. Ada lagi macam-macam tips la. Tapi yang paling aku kagum muka orang yang hafiz/hafizah yang bercahaya. Maksud aku, dia tu gelap tapi muka dia tu lain macam,  ada nur gitu. Aku tak dapat nak explain . Tapi bila aku tengok muka akak tu, mesti terlintas dalam kepala aku, "akk ni mesti hafizah (kot) ". Dia bukan cantik yang tertarik tu tau, cantik yang sejuk mata. Cantik yang putih, menarik, gedik medik itu aku tahu serupa mana , diorang pon mekap juga, bedak krim tu asas biasa remaja yang tak kira apa jenis pon akan pakai asal tak cecah tabaruj. Typical dah biasa tengok. Yang paling jarang nya. Yang muka dia ada nur tanpa mekap , nampak pendiam, pemalu, even tanpa purdah. Aku cerita ni mungkin sebab aku agak admire muka macam tu, tanpa wang ringgit,  cuma ilmu dan amal. Terserlah terus ke wajah. Tak semua orang beb, tak semua. I love rare nature macam ni. Allahuakbar. Kuasa Allah.

Wallahualam.

HIDUP DENGAN KEJUJURAN PADA KATA-KATA

Assalamualaikum,

Berkesempatan ini, aku sempat tulis nota dalam blog ni, aku rasa nak aktifkan blog aku ni, yang aku dah bela dari dulu. Macam-macam post dah kan. Siap ada post bisnes, sokong jela aku ni. Okay

So, berhubung kait dengan tajuk. Jujur dengan kata-kata. Masa kecik-kecik, kalu tak nak kena marah , nak lepas dari salah kita suka cakap TAK , TAK BUAT,  TAK TAHU. Jangan add up apa-apa. Konfem lepas. Macam pro. Ya. Menipu memang mudah.

Tapi, bila kita dah dewasa dah akil baligh, cuba la bohong. Cakap TAK , TAK BUAT,  TAKTAHU. Sampai ke sudah masalah tak selesai bila jawab macam itu.
Soalan! Kalau memang tak tahu macamana???

Ini la yang aku nak cerita, bila kita tak jujur, hati kita tu takkan tenang, even muka boleh sembunyikannya. Tapi percaya lah. Pertama hati tak tenang. Paling best, Allah akan cash kan dengan balasan setimpal. Allah tak kejam, Allah nak renew dosa kau kepada pahala, selagi dosa tu jalan,  selagi itu Allah nak gantikan dengan pahala. Nampak tak kasih sayang Allah tu. Nampak kan. Tapi kalau Allah biar sahaja kau tanpa balas cash balik, sila lah bersedih, takut Allah tak pandang kau langsung.

Kesimpulannya, jangan dibawa sifat kita macam waktu kecil dulu. Allah jadikan sebegitu kita dahulunya adalah untuk kita berfikir di hari muka. Ibrahnya. Maka,contohi lah sifat Al-Amin seorang Nabi s.a.w. Ikut sifat baginda, dapat ganjaran pahala dari Pencipta. Seriously,  takkan sikit kau rugi.

Wallahualam.